Sunday, May 31, 2009

TAKZIAH

Pada 26hb Mei 2009 iaitu pada hari selasa bersamaan dengan 1 Jamadilakhir 1430H, ibu kepada Pembantu Am Rendah Sk Kerling iaitu Adam Bin Othman telah selamat kembali ke rahmatullah pada jam 10.00 pagi di Hospital Kuala Kubu Baru disebabkan sakit tua. Allahyarham telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kg Kaloi, Ulu Yam. Marilah kita sama-sama menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada allahyarham. Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat Allah S.W.T dan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman, bertakwa dan beruntung. Al-Fatihah…