Monday, July 27, 2009

PROJEK KHIDMAT BANTU PSS SK KERLING



Bermula 20 Julai 2009 sehingga 23 Julai 2009 bersamaan dengan 27 Rejab sehingga 1 Sha’ban 1430H iaitu pada hari Isnin hingga Khamis, Program Khidmat Bantu PSS telah dijalankan di SK Kerling. Seramai 14 orang diketuai oleh En Nahar b Abdul Halim dari PKG Teluk Gadong, Kelang, Selangor telah melibatkan diri di dalam program ini.

Pada 20 Julai 2009, bermula 12.00 tengahari sehingga 5.00 petang, pasukan ini telah membantu mengubah susun atur perabot di Bilik Perpustakaan.

Aktiviti pada keesokan harinya bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang ialah mewujudkan sudut-sudut yang terbahagi kepada Sudut Tradisional, Sudut Kamus Terbuka, Sudut Permainan Dalaman, Sudut Karya Agung dan Sudut Ensaiklopedia. Setiap sudut telah dilabelkan sekali bagi memudahkan penggunaan. Selain itu, bahan bercetak maklumat bagi setiap sudut juga disediakan. Setelah selesai, data iQ-PSS perlu dilengkapkan. Bagi tujuan ini, ia dilakukan di Makmal Komputer SK Kerling.

Pada hari Rabu pula bersamaan dengan 22 Julai 2009, bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang, aktiviti yang dijalankan ialah mewujudkan Bilik NILAM. Didahulukan dengan menyusun atur perabot, menampal maklumat Program NILAM pada papan kenyataan seterusnya menyediakan fail-fail pengurusan program NILAM. Setelah selesai, Pentas Bercerita pula dibaiki. Setelah selesai semuanya, data iQ-PSS dilengkapkan. Bagi tujuan ini, ia dilakukan di Makmal Komputer SK Kerling.

Pada 23 Julai 2009 iaitu pada hari yang terakhir, bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang, aktiviti yang dijalankan ialah mengecat separuh dinding Bilik Perpustakaan. Aktiviti seterusnya ialah memproses Teknik Bahan Buku. Bagi tujuan ini, En. Nahar telah memberi taklimat tentang teknik memproses bahan buku dengan betul. Setelah selesai semuanya, data iQ-PSS dilengkapkan di Makmal Komputer SK Kerling.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini. Jasa anda semua tidak mungkin akan dilupakan.

Monday, July 6, 2009

KEJOHANAN SUKAN SK KERLING



Pada 1-2 Julai 2009 bersamaan dengan 8-9 Rejab 1430H, KEJOHANAN SUKAN SK KERLING telah dilangsungkan bertempat di padang sekolah SK Kerling. Acara yang dipertandingkan pada 1 Julai 2009 adalah :

LOMPAT JAUH TAHUN 3,4,5 & 6 LELAKI & PEREMPUAN,
LONTAR PELURU TAHUN 3,4,5 & 6 LELAKI & PEREMPUAN,
LOMPAT TINGGI TAHUN 4,5 & 6 LELAKI & PEREMPUAN.

Manakala pada 2 Julai 2009, acara yang dipertandingkan adalah :

200 METER TAHUN 4,5 & 6 LELAKI & PEREMPUAN,
4 X 50 METER TAHUN 1,2 & 3 LELAKI & PEREMPUAN,
LUMBA KEMAHIRAN 11 PRA SEKOLAH, TAHUN 1,2 & 3,
SARINGAN TARIK TALI.


Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi kerana tiada sebarang kesulitan dan musibah di sepanjang aktiviti yang telah dirancang dan dijalankan.

Acara kemuncak bagi KEJOHANAN SUKAN SK KERLING telah dilangsungkan pada hari Ahad iaitu pada 5 Julai 2009 bersamaan dengan 12 Rejab 1430H. Acara kemuncak ini dilangsungkan secara terbuka. Ramai ibu-bapa yang hadir dan telah menyertai beberapa acara terbuka iaitu :

ANYAM KETUPAT PALING PANTAS BAGI KAUM WANITA,
BASIKAL LAMBAT BAGI KAUM LELAKI,
TARIK TALI BAGI KAUM LELAKI.

Jutaan terima kasih diucapkan di atas komitmen yang telah diberikan oleh ibu-bapa, staf-staf serta murid-murid yang hadir di sepanjang kejohanan ini.

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan oleh kanak-kanak Pra SK Kerling menarikan tarian "Chicken Dance".


Perasmian penutup telah dirasmikan oleh En Mahmod bin Karim, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Hulu Selangor.

MAJULAH SUKAN UNTUK SK KERLING...