Monday, June 1, 2009

PERTANDINGAN KOIR SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR





Pada 30hb Mei 2009 iaitu pada hari Sabtu bersamaan dengan 5 Jamadilakhir 1430H, buat julung kalinya pasukan koir SK Kerling diiringi 5 orang guru telah mewakili daerah Hulu Selangor bertanding dalam PERTANDINGAN KOIR SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR bertempat di SMK SEKSYEN 9, SHAH ALAM, SELANGOR. Sebanyak 9 buah sekolah mewakili setiap daerah dalam Selangor telah menghantar wakil untuk bertanding. Pasukan koir SK Kerling terdiri daripada 18 orang teruna dan 15 orang dara. Walaupun telah berusaha sepenuhnya, namun pihak juri telah menetapkan hanyasanya kekosongan tempat yang ke-9 sahaja yang layak dihuni oleh wakil Hulu Selangor. Walaupun begitu, pasukan koir SK Kerling tetap pulang dengan ceria berbekalkan pengalaman dan sijil yang diberikan. Insyallah pada masa akan datang SK Kerling akan membuat yang terbaik lagi. SK KERLING BOLEH…

No comments:

Post a Comment